Tuesday, February 12, 2013

Ikan bakar, ALai Melaka

10 Feb 2013

If you visited Malacca, you have to try this food, Ikan Bakar. Either you choose to eat @ Umbai or Alai, the taste for both of it same and awesome but the price is different. Umbai much expensive but in Alai is quite cheaper. Me, try a lot @ Umbai but lately my dad bring us @ Ikan Bakar Alai. You have to come early or you won't get your seat there. It's too crowded because they serve you with fresh fish. First you have to choose your fish or any other seafood and ask them to cook according to your favorite dishes. It sooooo yummy and you feel like you want to come again and again and again and again (2pm song)...hehehe...
 
beautiful sunset
 

sooo fresh....




grilled stingray and sambal prawn

cuttlefish fried

Durain cake

9 Feb 2013

Celebrating my nephew's birthday. Durian cake sponsored by my little sis Sarah from Durian Cake, Malacca. If you loved durian, you have to try this Durian Cake. Because I am Malaysian, I love durian sooooo much.
Durian cake...awesome right??


my cutie khaireen & khaira

Happy birthday to you~~~~

fill with durian

my lil sis promoting new product durian cheese cake

durian crepe~come in pandan flavor

fashion make up???

liltle khaira got this cute barbie


Restoran Haeun Khon @ Amcorp Mall

3 Feb 2013

After visited Karangkraf @ Shah Alam, we decided to eat korean food which we love and miss it a lot. Me and Ida recommend this restaurant to you guys. Haeun Khon restaurant @ Amcorp Mall. Location, third floor, near to McDonald restaurant. I've been there for a quite times before with Nad. But this time I went it with Ida and this is her first time try this food here in Malaysia. The taste of food was awesome and price is reasonable. Most importantly it is Halal.

The decoration is soooo korean

Small kitchen and you can see how they prepare the food.

yummy....

me trying this kimchi jjigeh

Sunday, February 3, 2013

Festival Karangkraf

3 Feb 2013

Pagi-pagi bangun, bersiap and sempat breakfast mee goreng yang disediakan oleh my houzmate and tahap kepedasan mee goreng dia sampai membakar seluruh digestion system ku. Habis sarapan, aku dan Ida memulakan perjalanan ke seksyen 15. Ke mana??Jualan buku karangkarf. Actually jualan ni start 1 - 3 Feb and tetiba malam tadi Ida mengajak pula ke Karangkraf so aku pun on jer la. Sampai kat Karangkraf tu jam 12 tengahari, dengan panasnye yang amat la...Jam lagi, jenuh cik nak cari parking.
perghhh...sesak tuh...
Masuk jer dalam Karangkraf, kami jumpa Dafi anf the gang yang dalam rancangan Fear Factor tuh.

Tetiba dengar annoucement...sesiapa yang ingin bertemu dengan Aaron Aziz. Apa Aaron Aziz??Mana?Mana? Aku pun mula mencari dengan Ida. Rupanya ada pertandingan menyanyi lagu Ombak rindu so Aaron kena jadi pengadil. Masa tu masyarakat berpusu-pusu nak snap gambar Aaron. Kebetulan pula ada kumpulan Sleq yang sangat comel budak-budaknyer. Hehehe....


sempat senyum kat kiter....hehehe
Kami pun memulakan pencarian novel. Masuk jer booth jualan buku...Mak oii...ramai nyer masyarakat.Aku sempat survey buku-buku yang mana best. Tapi Novel Ramlee Awang Murshid jugak dihati. So aku pun mengumpul novel lama Ramlee Awang Murshid. Actually dah baca dah semua novel dia tapi pinjam member punya so sekarang nak buat collection pulak. And ada la beberapa novel baru yang aku berkenan then terus bayar. Aku ni kalau novel baru-baru ni tak berani nak try baca sebab takut tak best. Macam ada satu novel ni 'Awan Biru', setahun kot aku membelek, tak habis-habis baca sebab boring.

30% diskaun...berbaloi-baloi

kak maria sibuk mengacara decoration of cup cakes
Memang berbaloi beli buku time macam ni sebab dapat diskaun 30% kot. Murah giler. Beli kat luar tak dapat harga semurah ni. Sangat berbaloi and puas hati sampai tak sabar nak start membaca. Over you...
hasil borongan

collection of Ramlee Awang Murshid


Wednesday, January 30, 2013

Makcik dalam kenangan


26 January 2013.... aku menerima satu lagi perkhabaran sedih... satu lagi kehilangan orang yang tersayang.. iaitu ibu saudarku (adik Emak nombor empat) yang kupanggil "MakCik"...

MakCik sememangnya antara ibu saudara yang terapat denganku. Maklumlah.. beza jarak umur kami hanyalah 9 tahun. Bersama-sama seorang lagi bapa saudaraku iaitu "Busu" yang beza umurnya denganku 6 tahun sahaja... kami bertiga sering bersama. Kalau dulu.. masa aku cuti sekolah.. dengan MakCik dan Busu lah aku sering bersama.. Ke mana mereka pergi, dengan siapa yang mereka berkawan, pasti aku akan join sekali.. Kalau sekali tengok..dah macam adik-beradik dah!

MakCik.. suatu anak dara.. memang cantik, aktif dan peramah. Dia memang disenangi oleh semua orang. Semua rahsia dia..dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa dia bercinta.. semua aku tahu. Memang dulu, MakCik antara dara rebutan sang jejaka di kampung suatu waktu dulu. Apa yang aku kagum tentang MakCik... apa yang aku tahu.. suatu waktu dulu, MakCik bercinta bagai nak rak dengan seorang pemuda askar dari utara. Entah macamana... bila nenek usulkan ada rombongan meminang dari kampung bersebelahan, tanpa berfikir panjang..MakCik terus terima pinangan itu dengan alasan tidak mahu derhaka dan menganggap jodoh yang dipilih oleh nenek dan datuk adalah lebih berkat.

Masyaallah... aku memang benar2 tabik spring kat MakCik masa tuhh..! Frust jugak mamat askar dari utara tuhh.. Ye laa.. aku yang baca surat2 cinta MakCik! hehehe.. (semua yg aku baca adalah atas keizinan MakCik sendiri). Ironinya... orang yg meminang MakCik itu pun bekerja sebagai askar juga...huhuhu... One more thing yg aku ingat.. MakCik pernah cakap, dia memang minat dengan orang yg bekerja beruniform nihh.. Dulupun MakCik pernah mintak kerja sebagai warden polis, dapat dah..tapi at the end, arwah Abah aku pulak tak bagi. Arwah Abah yg dah menganggap MakCik ni macam adiknya sendiri itu, takut MakCik tak tahan kerja2 yg sebegitu lasak dan mencabar. Bagusnya MakCik.. terpaksa akur dengan nasihat arwah abang iparnya walaupun terpaksa menguburkan hasrat dan cita2nya untuk bekerja di dalam bidang beruniform.

MakCik adalah seorang yang simple, baik hati, lasak dan kuat semangat. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang kawan, MakCik merupakan kawan yg memahami dan understanding. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang anak buah... MakCik merupakan ibu saudara yg cool & best!! Mungkin kerana aku merupakan cucu pertama merangkap anak saudara yg pertama dalam keluarga. Makanya.. perhatian dan layanan adalah sedikit istimewa dan sedikit berbeza dari yang lain..

Sehinggalah MakCik berkahwin, aku seperti merasakan yg "sahabat baikku" dirampas pergi. Kami terpisah bila MakCik mengikut suaminya transfer ke Sabah. Aku meneruskan kehidupan zaman remajaku tanpa kehadiran MakCik di sisi... Namun, ketika umurku 17 tahun, MakCik pulang semula ke Semenanjung dan tinggal di kem Sungai Buloh. Ketika itu MakCik telahpun mempunyai dua orang anak lelaki.

Aku apalagi... habis exam SPM.. port yang aku benar2 nak pergi ialah.. rumah MakCik! hehehhe... tak jauh pun.. janji dapat stay ngan MakCik. Nak dijadikan citer.. huhuhu... time tu laa.. kejadian Kilang Mercun di Sg,Buloh meletop. Kejadian tu berlaku pd tahun 1990. Dan akulah antara mangsa kejadian itu! Jarak antara rumah MakCik dgn Kilang Mercun tu cuma 2 batu jer.. ! Huh.. memang takkan kulupakan kejadian itu sehingga akhir hayat. Memang trauma & menakutkan!! Hanya orang yg pernah mengalaminya sahaja yg memahami perasaan kami itu. Sudahnya, plan nak stay kat rumah MakCik sampai sebulan jadi 2 minggu jer sbb arwah Abah dah risaukan keadaan aku. Dia suruh aku balik segera...huhuhu...

Tapi... selepas itu, ketika aku belajar di Poly, bilamana ada saja perkara yg memerlukan aku ke Kuala Lumpur, rumah MakCik kat Sg.Buloh tu laa tempat aku melepak. Kadang2 aku bawak kawan sekali. In fact, kat rumah MakCik tu jugak tempat Busuku tinggal sewaktu Busu bekerja di UMBC, KL.

Sewaktu aku berkahwin, MakCik jugalah antara orang yg paling sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku. Dan.. kami semakin jarang berhubung sesama sendiri bilamana aku semakin sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang isteri dan ibu... Kami hanya berjumpa ketika hari raya ataupun majlis perkahwinan saudara terdekat.

Sehinggalah..... suatu ketika.. aku mendapat tahu MakCik telah disahkan mengidap penyakit breast cancer! Sama seperti arwah Mak Lang... Ya Allah... kesiannya MakCik! Namun.. MakCik memang seorang yang kuat semangat.. Dia melawan penyakit itu sehingga bertahan 8 tahun lamanya! Namun...tak disangka.. sel cancer itu telah merebak ke tulang hingga kahirnya doktor telah mengesahkan pula MakCik mengidap kanser tulang! Ya Allah... kuatnya dugaan yang MakCik terima.

Aku jadi insaf.. orang yang kurasakan teramat baik dan tidak banyak berbuat dosa.. Allah menduganya dengan dugaan penyakit begini..Dan itu pun, aku tidak pernah melihat mahupun mendengar komen2 dari orang2 sekelilingnya yg MakCik mengeluh mahupun "tunduk" dengan serangan penyakit yg dihidapnya. MakCik merupakan seorang "fighter" yg terulung bagiku! Bagaimana kalau org yg byk berbuat dosa..??Bagaimana dugaan Allah pula???

Dua tahun sejak MakCik mengidap kanser tulang.. kami ahli keluarga, seboleh2nya cuba menyampaikan segala hajat yg diingininya. Aku rasa.. Busu juga berpuas hati dapat menyampaikan semua hajat kakaknya itu termasuk hajat MakCik nak pergi ke rumahku hanya semata-mata nak tengok babyku Hariz. Sedangkan, dia sebenarnya tak perlu bersusah payah ke rumahku. Aku sendiri akan pergi menemuinya dengan membawa anakku sekali. Namun, katanya dia "teringin" benar..! Ya Allah... terharunya aku.. Aku beria-ia menyambut kedatangannya dengan hidangan istimewa. Kedatangannya dengan berkerusi roda dan walaupun dia hanya menjamah masakanku hanya sesudu.. tapi bagiku ianya tak ternilai mahal bagiku. Keinginnanya walau berkeadaan begitu amat2 merobek perasaanku sebenarnya...

Kesihatan MakCik semakin merosot ketika kunjunganku pada 31DEC12 yg lalu. Namun dia masih lagi ingin berbual dan bergurau dengan anakku Hariz walau dalam keadaan kelesuan dan tiada daya. Dia seperti tidak mahu orang risaukan keadaan penyakit dan dirinya. Dia ingin semua orang tahu yang dia OK dan baik2 sahaja. Perilakunya seperti orang sihat walaupun kami semua tahu, dia sedang berperang dgn dugaan penyakitnya itu.

Kali terakhir... aku menghubunginya ketika 2 Januari 2013, hari ulangtahun kelahirannya yg ke 49.. Kami berbual lama.. kembali menceritakan nostalgia lama... Ya Allah.. syahdunya saat itu. Entah mengapa.. aku terdetik yang perbualan ini adalah yg terakhr antara aku dan MakCik..!

Seminggu selepas itu, aku bermimpi... melihat MakCik mengemaskan semua baju2nya dari almari masuk ke dalam sebuah beg. Bila kutanyakan MakCik nak ke mana? Dia menjawab.."Ni haa... Mak Lang ajak MakCik balik!"  Aku terkedu. Lantas ku lihat ke luar tingkap. Di situ.. aku melihat arwah MakLang sedang menunggu sambil menunggang motor. Arwah tak menegurku tetapi hanya memerhatikanku sambil tersenyum. Aku jadi hairan dengan situasi itu sehinggalah aku tersedar. Dan mimpi itulah yg membawa petanda... MakCik bakal pergi menemuiNYA..seperti arwah MakLang juga...

26 Januari 2013... aku sekeluarga serta ibu mertuaku, bergegas ke Hospital Melaka. MakCik ditempatkan di unit PCU iaitu unit rawatan rapi. Sungguh sedih keadaan MakCik ketika itu. MakCik memakai life support. Sama seperti arwah MakLang ketika pengakhiran hayatnya dahulu. Memang aku tak sanggup ingin melihat keadaannya begitu. Selepas membaca yassin dan mengumpulkan segala kekuatan diri yg ada.. aku mendekati MakCik lantas membisikkan kalimah Laillahhaillaallahh dan Allahhu Akbar berulang kali di telinga MakCik. Alhamdulillah... bibirnya tidak putus2 menyebut..ALLAH...ALLAH...ALLAH... Namun, paling menghibakan..bila MakCik sering menyebut sakit pinggang. Aku tahu.. MakCik sedang berperang dgn ajalnya namun redha dengan ketentuan Allah terhadap dirinya. Tubuh MakCik juga kurasakan teramat sejuk. 

Akhirnya... MakCik pergi juga mengadap penciptanya tepat pukul 1.45 petang di pangkuan PakCik. Kulihat wajahnya setenang seperti dia tidur. Wajahnya putih bersih. Ya Allah...maha suci Mu..! MakCik pasti sudah redha dan kini sedang berbahagia menemuiMU... Aku juga bersyukur.. dapat memandikan sendiri jenazah MakCik.. dan ya Allah.. sekali lagi aku kagum dengan kekuasaanMU.. Kau tunjukkan balasannya di dunia ini..Bagaimana pembawaan MakCik sebagai hambaMU.. begitu jugalah bahagian yg KAU berikan pada MakCik.. Syukur... Alhamdulillah...

Buat MakCik yang kusayangi... tenang dan damailah kau di sana.. Aku pasti..kau kan bahagia menemuiNYA.. Ya ALLAH... tempatkanlah MakCik ku di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Cucurilah rahmat ke atas rohnya..
AL-FATIHAH....

Allahyarhamah MakCik Rohaya Bte Mat Ros  02 January 1964 -26 January 2013

Nukilan from my cousin -Aida-

Sunday, January 13, 2013

Pizza Plus @ Dongdaemun

Sambil berehat-rehat di pavillion, kami menyemak peta untuk mencari restoran makanan halal. Disebabkan seharian kami tak makan (just minum coffee and some bread), perut ni dah berkompang mengikut irama k-pop. Surprise, bila jalan terus ke jalan besar kami rupanya sampai ke Dongdaemun. Rupanya dekat jer la Hyehwa ni dengan Dongdaemun. Boleh jalan kaki around 20 minutes dah sampai (kalau rajin la).

menuju ke pavillion sambil menikmati kesesakan traffic di Dongdaemun
Waktu nak melintas jalan, try la bertanya pada orang-orang korea ni and most of them tak tau speaking english. Ottokae???So, kami pun melintas jalan di depan hotel Marriot rasanya dan bertanya pada pak guard di situ. Memang ajasshi ni sangat baik. Penunjuk jalan yang bagus. Even dalam bahasa korea, kami boleh faham sebab dia bagi landmark penting untuk kami.
Melintas je jalan ni dah boleh jumpa Pizza Plus
Dari hotel tersebut, kami melintas jalan ke sebuah istana di tengah bandar Dongdaemun, dan restoran yang kami cari tu terletak di belakang istana tersebut. Ada banyak la kedai-kedai sepanjang bangunan tu. And tak susah pun nak cari sebab restoran Pizza Plus ni betul-betul dihadapan subway Dongdaemun station exit 5
finally jumpa pun....terkinja-kinja aku melompat depan restoran tu
Bila jumpa jer, apalagi melompat keriangan la kami. Terkinja-kinja sekejap kat depan pintu restoran sampai owner kedai pun join sekali...hahaha...So menu yang aku pilih adalah cheese hamburger (beef) berharga 4200 won sahaja. Sangat sedap dan mengenyangkan.
murah je makanan di sini

sambil menunggu order...

yummy....recommend this to all of you....superb
Selesai makan, kami decide nak bershopping di Myeongdong. Tak puas bershopping....

(to be continue...)
HAPPY NEW YEAR 2013

Wednesday, December 19, 2012

Naksan Park

5 September 2012

Suasana pagi di Hyehwa sangat bingit. Aku melihat jam disebelah kepalaku menunjukkan jam 6.30 pagi tapi cuaca di luar semakin terang. Kalau kat Malaysia time macam ni dah pukul 7.30 am. Aku mengintai dari jendela di tepi katil, beberapa orang korea sedang melalui lorong KCB untuk pergi ke tempat kerja. Awalnya diorang masuk kerja. Aku bergolek-golek di atas katil dan tanpa sedar aku tertidur semula. 
Aku terjaga semula jam 10.30 am. Segera aku mandi dan bersiap sebab hari ni destinasi kami adalah ke Naksan Park (cerita rooftop prince, king 2 hearts and 2D1N). Aku menunggu seorang demi seorang kawan ku bersiap. Pagi ni perut kami diisi dengan minuman coklat milo dan beberapa keping biskut yang aku bawa. Kami keluar dengan perasaan yang riang seriang matahari yang hangat. Mengikut dari buku rahsia aku, Naksan Park ni terletak di kawasan Hyehwa juga means that dah sangat dekat tu. Aku mengikut map yang diberi oleh Yong. Keluar dari KCB, kami ke jalan yang sama seperti semalam untuk ke subway dan sempat bergambar di depan kedai Kyochon (super Junior).

chicken...chicken...kyocho..nearby to our KCB
Kami berdiri dihadapan subway Hyehwa, exit 4 dan menurut peta kami harus melintas jalan. Selepas melintas, kami berjalan melalui kedai-kedai di Hyehwa sambil memerhatikan signage Naksan Park. Sehinggalah kami melalui mural bergambar anjing, ditulis Naksan Park 350m. Yeah!!!dah nak sampai. Kami ke kanan, dan melalui lorong pejalan kaki dan jumpa lah gambar seperti dalam cerita Rooftop Prince tu.

Omuraisu kegemaran Lee Gak
Bila kami jalan ke hadapan, kami melalui perkampungan Naksan village. Mural di tepi dinding dan di setiap rumah yanng kami lewati sangat unik dan artistik. Dalam hati rasa 'Seronoknya tinggal kat kampung macam ni'. Gambar kerusi dan tingkap yang nampak macam 3D gitu. Jalan ke hadapan lagi, di sebelah kanan akan jumpa tangga yang bercorak rumput dan ke sebelah kiri akan jumpa tangga berbunga yang sangat cantik. Rupanya bukan kami sahaja yang mencari tempat begini, ada 2 pelancong Jepun turut mengalami perasaan teruja seperti kami di Naksan village. Sempat lagi kami berkenalan dengan seorang pelancong dari China. Dia ni memang lone ranger dan sangat berani. Namanya Jessica dan ini merupakan kali kedua dia bertandang ke Korea dan menurut katanya kali ni dia menaiki kapal yang mengambil masa selama 24 jam untuk sampai ke Korea. Wah......hebat la dia ni, sorang-sorang pun boleh jer meredah tempat macam ni.
waktu busy...time lunch hour









350m to go
inilah dia....




awesome right...belakang dapur umah orang ni...kekeke...





annaeyong....

sempat lagi fan ni tulis kat sini.....apadahal kat depan ni umah orang

i-bal il....
Sewaktu kami turun dari bukit di kampug ni, terdapat beberapa kamera dan beberapa staff berehat di kawasan tu. Ingatkan ada shooting lagi, nak la tengok siapa pelakonnya. Rupanya dah habis shooting, tak sempat tengok. Hajat dihati ni nak cari mural yang ada kepak angel macam dalam 2D1N, Seunggi ada bergambar kat situ tapi tak jumpa pula. Kebetulan pula kasut Mun buat hal. Time macam ni lah nak tercabut tapak kasut. So we say goodbye to Jessica sebab dia nak makan kat Hyehwa and kami nak cari kedai repair kasut. Turun dari bukit, kami pun melintas jalan dan kebetulan dekat situ ada kedai repair kasut. Ajasshi ni sangat la ramah tapi kami tak faham bahasa korea. Ada sikit-sikit yang aku dan Nad faham dan kami menyampuk sikit-sikit jer. Dah alang-alang ajasshi ni rajin bercakap, aku pun menunjukkan buku rahsia aku yang bergambar tembok Naksan Fotress. Ajasshi ni beria tunjuk dan yang aku ingat ' Panjak...panjak' sambil menunjukkan di seberang jalan. So aku assume mesti tembok tu ada kat belakang bangunan tu. Jadi aku anggukkan kepala tanda faham.
me, Ida and Jessica

kat sini lah,ingatkan ada shooting lagi...rupanya dah habis shoot

ajasshi yang sangat baik

muka kelaparan....huhuhu
Waktu Mun bayar tu (6000 won, tampal tapak+paku kat tapak), ajasshi still nak tunjukkan tembok tu. Macam kucing dengan ayam dah kami ni bercakap. Sehinggalah kami di tegur oleh seorang gadis ni.' Anyone can speak english?'. Ake memandang dan menjawab ' Yes, we all speaking in english.' Ajasshi tu pun bagitahu lah masalah dia nak menerangkan tembok tu pada kami. 'Oh, you wanna go to this wall, right? You have to cross the road and till you reach the last building there, you have to climb up about 50m then you will see the wall behind there.' Aku dah agak, betul tekaan aku. 'Ok, thank you so much, we love this place and the people. You guys help us a lot, thank you'. Sambil melambai tangan pada ajasshi dan budak perempuan tadi, kami pun melintas jalan. Dan kena daki bukit yang tinggi nya macam 45 degree. Ya ampun....semput kami di buatnya. Sampai kat atas tu, ada 3 orang ajasshi duduk lepak di bangku taman. Sambil kami menegur 'Annaeyonghaseyo'. Suka benar ajasshi tu bila tengok kitorang boleh bersapa dengan bahasa korea. Then diorang terus tanya ' U-di-su-o syur-sum-ni-ka?'(where are you form). Nasib aku faham dan menjawab 'Malaysia' 'Weh-yo ...sambil menunjukka di kepala. 'Oh, muslim' sambil aku memegang selendang. 'Yippeo-yo' 'Kamsahamnida' Kat sini je la selalu dapat puji kami ni cantik, kat Malaysia tak hada pun. 'Mo-sun nil-ha sum-ni-kka?'. Alamak pakcik tu tanya kita keje apa. Nak cakap apa ni. Nad cepat-cepat buka kamus. Last-last kami semua ni kerja cikgu tadika. Boleh la...
Sambil melambai, kami teru mendaki sehingga la jumpa taman yang ada exercise machine. Sempat la kami ber exercise sekejap then turun semula bukit tu tapi kali ni kami terus ke depan dan melalui belakang bangunan pejabat. Sampai la ke pavillion dan berehat sekejap di situ.

OMG macam nak daki gunung mana ntah...see 45 degree as i said before...

finally...beautiful naksan fotress..king 2 heart