Wednesday, December 19, 2012

Naksan Park

5 September 2012

Suasana pagi di Hyehwa sangat bingit. Aku melihat jam disebelah kepalaku menunjukkan jam 6.30 pagi tapi cuaca di luar semakin terang. Kalau kat Malaysia time macam ni dah pukul 7.30 am. Aku mengintai dari jendela di tepi katil, beberapa orang korea sedang melalui lorong KCB untuk pergi ke tempat kerja. Awalnya diorang masuk kerja. Aku bergolek-golek di atas katil dan tanpa sedar aku tertidur semula. 
Aku terjaga semula jam 10.30 am. Segera aku mandi dan bersiap sebab hari ni destinasi kami adalah ke Naksan Park (cerita rooftop prince, king 2 hearts and 2D1N). Aku menunggu seorang demi seorang kawan ku bersiap. Pagi ni perut kami diisi dengan minuman coklat milo dan beberapa keping biskut yang aku bawa. Kami keluar dengan perasaan yang riang seriang matahari yang hangat. Mengikut dari buku rahsia aku, Naksan Park ni terletak di kawasan Hyehwa juga means that dah sangat dekat tu. Aku mengikut map yang diberi oleh Yong. Keluar dari KCB, kami ke jalan yang sama seperti semalam untuk ke subway dan sempat bergambar di depan kedai Kyochon (super Junior).

chicken...chicken...kyocho..nearby to our KCB
Kami berdiri dihadapan subway Hyehwa, exit 4 dan menurut peta kami harus melintas jalan. Selepas melintas, kami berjalan melalui kedai-kedai di Hyehwa sambil memerhatikan signage Naksan Park. Sehinggalah kami melalui mural bergambar anjing, ditulis Naksan Park 350m. Yeah!!!dah nak sampai. Kami ke kanan, dan melalui lorong pejalan kaki dan jumpa lah gambar seperti dalam cerita Rooftop Prince tu.

Omuraisu kegemaran Lee Gak
Bila kami jalan ke hadapan, kami melalui perkampungan Naksan village. Mural di tepi dinding dan di setiap rumah yanng kami lewati sangat unik dan artistik. Dalam hati rasa 'Seronoknya tinggal kat kampung macam ni'. Gambar kerusi dan tingkap yang nampak macam 3D gitu. Jalan ke hadapan lagi, di sebelah kanan akan jumpa tangga yang bercorak rumput dan ke sebelah kiri akan jumpa tangga berbunga yang sangat cantik. Rupanya bukan kami sahaja yang mencari tempat begini, ada 2 pelancong Jepun turut mengalami perasaan teruja seperti kami di Naksan village. Sempat lagi kami berkenalan dengan seorang pelancong dari China. Dia ni memang lone ranger dan sangat berani. Namanya Jessica dan ini merupakan kali kedua dia bertandang ke Korea dan menurut katanya kali ni dia menaiki kapal yang mengambil masa selama 24 jam untuk sampai ke Korea. Wah......hebat la dia ni, sorang-sorang pun boleh jer meredah tempat macam ni.
waktu busy...time lunch hour









350m to go
inilah dia....




awesome right...belakang dapur umah orang ni...kekeke...





annaeyong....

sempat lagi fan ni tulis kat sini.....apadahal kat depan ni umah orang

i-bal il....
Sewaktu kami turun dari bukit di kampug ni, terdapat beberapa kamera dan beberapa staff berehat di kawasan tu. Ingatkan ada shooting lagi, nak la tengok siapa pelakonnya. Rupanya dah habis shooting, tak sempat tengok. Hajat dihati ni nak cari mural yang ada kepak angel macam dalam 2D1N, Seunggi ada bergambar kat situ tapi tak jumpa pula. Kebetulan pula kasut Mun buat hal. Time macam ni lah nak tercabut tapak kasut. So we say goodbye to Jessica sebab dia nak makan kat Hyehwa and kami nak cari kedai repair kasut. Turun dari bukit, kami pun melintas jalan dan kebetulan dekat situ ada kedai repair kasut. Ajasshi ni sangat la ramah tapi kami tak faham bahasa korea. Ada sikit-sikit yang aku dan Nad faham dan kami menyampuk sikit-sikit jer. Dah alang-alang ajasshi ni rajin bercakap, aku pun menunjukkan buku rahsia aku yang bergambar tembok Naksan Fotress. Ajasshi ni beria tunjuk dan yang aku ingat ' Panjak...panjak' sambil menunjukkan di seberang jalan. So aku assume mesti tembok tu ada kat belakang bangunan tu. Jadi aku anggukkan kepala tanda faham.
me, Ida and Jessica

kat sini lah,ingatkan ada shooting lagi...rupanya dah habis shoot

ajasshi yang sangat baik

muka kelaparan....huhuhu
Waktu Mun bayar tu (6000 won, tampal tapak+paku kat tapak), ajasshi still nak tunjukkan tembok tu. Macam kucing dengan ayam dah kami ni bercakap. Sehinggalah kami di tegur oleh seorang gadis ni.' Anyone can speak english?'. Ake memandang dan menjawab ' Yes, we all speaking in english.' Ajasshi tu pun bagitahu lah masalah dia nak menerangkan tembok tu pada kami. 'Oh, you wanna go to this wall, right? You have to cross the road and till you reach the last building there, you have to climb up about 50m then you will see the wall behind there.' Aku dah agak, betul tekaan aku. 'Ok, thank you so much, we love this place and the people. You guys help us a lot, thank you'. Sambil melambai tangan pada ajasshi dan budak perempuan tadi, kami pun melintas jalan. Dan kena daki bukit yang tinggi nya macam 45 degree. Ya ampun....semput kami di buatnya. Sampai kat atas tu, ada 3 orang ajasshi duduk lepak di bangku taman. Sambil kami menegur 'Annaeyonghaseyo'. Suka benar ajasshi tu bila tengok kitorang boleh bersapa dengan bahasa korea. Then diorang terus tanya ' U-di-su-o syur-sum-ni-ka?'(where are you form). Nasib aku faham dan menjawab 'Malaysia' 'Weh-yo ...sambil menunjukka di kepala. 'Oh, muslim' sambil aku memegang selendang. 'Yippeo-yo' 'Kamsahamnida' Kat sini je la selalu dapat puji kami ni cantik, kat Malaysia tak hada pun. 'Mo-sun nil-ha sum-ni-kka?'. Alamak pakcik tu tanya kita keje apa. Nak cakap apa ni. Nad cepat-cepat buka kamus. Last-last kami semua ni kerja cikgu tadika. Boleh la...
Sambil melambai, kami teru mendaki sehingga la jumpa taman yang ada exercise machine. Sempat la kami ber exercise sekejap then turun semula bukit tu tapi kali ni kami terus ke depan dan melalui belakang bangunan pejabat. Sampai la ke pavillion dan berehat sekejap di situ.

OMG macam nak daki gunung mana ntah...see 45 degree as i said before...

finally...beautiful naksan fotress..king 2 heart

No comments: