Sunday, January 13, 2013

Pizza Plus @ Dongdaemun

Sambil berehat-rehat di pavillion, kami menyemak peta untuk mencari restoran makanan halal. Disebabkan seharian kami tak makan (just minum coffee and some bread), perut ni dah berkompang mengikut irama k-pop. Surprise, bila jalan terus ke jalan besar kami rupanya sampai ke Dongdaemun. Rupanya dekat jer la Hyehwa ni dengan Dongdaemun. Boleh jalan kaki around 20 minutes dah sampai (kalau rajin la).

menuju ke pavillion sambil menikmati kesesakan traffic di Dongdaemun
Waktu nak melintas jalan, try la bertanya pada orang-orang korea ni and most of them tak tau speaking english. Ottokae???So, kami pun melintas jalan di depan hotel Marriot rasanya dan bertanya pada pak guard di situ. Memang ajasshi ni sangat baik. Penunjuk jalan yang bagus. Even dalam bahasa korea, kami boleh faham sebab dia bagi landmark penting untuk kami.
Melintas je jalan ni dah boleh jumpa Pizza Plus
Dari hotel tersebut, kami melintas jalan ke sebuah istana di tengah bandar Dongdaemun, dan restoran yang kami cari tu terletak di belakang istana tersebut. Ada banyak la kedai-kedai sepanjang bangunan tu. And tak susah pun nak cari sebab restoran Pizza Plus ni betul-betul dihadapan subway Dongdaemun station exit 5
finally jumpa pun....terkinja-kinja aku melompat depan restoran tu
Bila jumpa jer, apalagi melompat keriangan la kami. Terkinja-kinja sekejap kat depan pintu restoran sampai owner kedai pun join sekali...hahaha...So menu yang aku pilih adalah cheese hamburger (beef) berharga 4200 won sahaja. Sangat sedap dan mengenyangkan.
murah je makanan di sini

sambil menunggu order...

yummy....recommend this to all of you....superb
Selesai makan, kami decide nak bershopping di Myeongdong. Tak puas bershopping....

(to be continue...)
HAPPY NEW YEAR 2013

No comments: