Tuesday, December 11, 2012

Hyehwa- korea central backpackers

4 September 2012
Tuesday 5.00 am

Pagi-pagi dah kecoh dengan deringan telefon. Malasnya nak angkat. Pukul berapa lah dorang call ni??Sudahnya Ida yang menjawab telefon. Rupanya kak Nor suruh cepat bersiap sebab pagi ni pukul 6.00 pagi dorang nak berangkat ke airport. So kami pun kena la ikut sekali sebab tak nak rahsia kami pecah. Mr Sam pun memang penyimpan rahsia sungguh. Aku dan Ida bergilir-gilir mandi dan bersiap. Nasib la baju dah siap gosok and barang-barang pun dah siap packing. Tiba-tiba aja ada yang nak meminjam iron. Sorry la sayang, dah masuk dalam luggage, malas pulak nak bawak keluar.
Turun jer lobby, muka masing-masing sembab sebab tak cukup tidur....huhuhu...tapi kami excited sebab nak memulakan perjalanan yang baru...Pagi ni kami breakfast di restoran yang berdekatan dengan Incheon airport. Kami menikmati udon yang sangat sedap. Tapi di sebabkan breakfast terlalu pagi sangat, perut aku tak boleh terima pula makanan time begini. Ruginya aku....

pagi-pagi menikmati banana milk memang sedap

di sini lah tempat kami nak breakfast

udon yang sedap tapi sayang tak dapat nak makan banyak...huhu...
 Selesai breakfast, tak habis lagi bershopping. Ada pulak la kedai di tingkat bawah ni yang menjual sourvenir dan makanan korea. Kami ni menjamu mata jer la. Tiba-tiba nampak gula-gula park ha sata....hehehe...(gula-gula dalam cerita rooftop prince) tapi tak beli pun.
 
membelek jer lebih
Then tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada student-student. Mr Sam siap berlakon minta passport kitorang...hehehehe...kitorang pun berpura-pura la bagi. Time nak check in tu, hanya Nad yang uruskan tiket sambil dibantu oleh Mr Sam. Aku, Ida dan Mun melepak kat kerusi sambil menikmati pemandangan waktu pagi di Incheon. 'Cik, tak check in sekali ker?' ada pula la student yang menegur. So kami pun pecahkan rahsia di sini.' Korang balik dulu ye, kitorang lama lagi nak tinggal kat sini'. Semua macam tercengang.'Cik, tak cakap pun..nak ikut juga'. Itu tidak boleh sebab aku nak together-gether dengan my bff saja. Masa lambai kat diorang tu, siap ada yang bagi makanan extra diorang, pesan beria jer, suruh jaga diri, beli ole-ole...??lagi???hishh...budak-budak ni..

bye-bye ye student...
Tinggal la kami berempat, Mr Sam pun membawa kami mencari bus ataupun di panggil limousin bus. Turun jer aras 1 and Mr Sam cakap tiket bus boleh di beli waktu nak menaiki bus nanti. Kami pun mencari teminal 6011 untuk ke Sunkyukwan University sebab di situ lah tempat kami menginap nanti iaitu di Hyehwa. Dah jumpa terminal bus, Mr Sam pun bergerak untuk ke office semula. Kami pun macam terharu jer nak berpisah dengan Mr Sam sebab dia baik sangat macam appa kami ajer. 
Tengok dekat jadual bus setiap 15 min bus akan bergerak so kami pilih bus pukul 11 am supaya kami sampai tepat pada waktu nak check in masa kat Korea Central Backpackers nanti. Sambil menuggu waktu tu, kami pun lepak-lepak di dalam terminal sambil menjamu mata, upload gambar, kira budget (aku la ketuanya). Kebetulan la pula pagi ni hujan turun lebatnya. Harap-harap sangat masa pukul 11 nanti hujan dah berhenti.
Hampir pukul 11 baru teringat tak beli T-money card. So kelam kabut la kami beli T-money card dekat GS 25 dekat kawasan terminal ni juga dan top-up sekali untuk beberapa hari kami tinggal nanti. So total 20 000 won. Sampai kat tempat bus, terlepas pula bus pukul 11 so kena la tunggu 15 minit kemudiannya. Memang punctual, tepat pukul 11.15 am bus dah sampai then kami bayar duit tiket ke Sunkyukwan Universiti dalam 10 000.Bermula lah perjalanan kami berempat.

sunkyukwan university

second option naik taxi tapi mahal

please fasten your seat belt, pakcik bus siap suruh pakai seat belt for safety

tak tau apa benda ni...??
Sepanjang perjalanan, aku dan Mun macam biasa tidur. Nad dan Ida bergilir-gilir tidur sebab takut terlepas. Time tu hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba sayup-sayup suara pakcik bus sebut 'Sunkyukwan..Sunkyukwan'. Cepat-cepat kami bangun, tunjuk tiket luggage, then pakcik bus tolong angkat luggage kami yang berat ke tepi jalan. Aku pun membuka map mencari di mana hostel kami. Dari tempat turun bus tadi, perhatikan 7th heaven cafe, terus jer sampai jumpa simpang. Kat simpang ni la yang kami sesat. Rupanya belok kiri jer then akan nampak Innisfree cosmetic (kecik jer), terus jumpa cafe di depan ambil kanan. Then perhatikan signboard sebab Korea Central Backpackers punya signboard kecik nyer. Sampai-sampai kami pu ding-dong ding-dong...Mr Yong...
comel benar signage nye sampai kami pun tak perasan
dah ramai pelancong stay kat sini....
mr Yong's collection
other facilities yang disediakan di hostel ni
i love this
our room for 4 female




No comments: