Monday, December 10, 2012

Bulgogi, Myeongdong and Dongdaemun

Waktu petang di seoul sangat sesak. Bila tiba waktu puncak di mana semua orang pulang dari kerja lagi bertambah sesak. Kami pun terkena tempias kesesakan lalu linta bila mana kami kembali ke Itaewon semula untuk menikmati makan malam. Sebelum tu Mr Sam bertanya pada kami, menu apa yang kami inginkan waktu malam. So kami decide nak try bulgogi korea. Sebab tu la kami kembali ke restoran Maharaja. Sampai di restoran, terhidang daging lembu korea yang tengah mendidih di atas pan. Aku dan Mun segera mengambil coffee kegemaran kami di vendor machine. Itu lah drug yang membuatkan kami sentiasa segar sepanjang hari. Bila daging dah siap masak, owner restoran membantu memotong daging kepada cebisan yang kecil, mudah untuk kami makan. Bila danging masuk je dalam mulut rasa yummy dan melting di dalam mulut. Sedapnyer....Lazatnya tak terkata sampai habis student-student kami makan. Habis makan tu sempat lagi budak-budak ni nak makan ais krim turki yang di jual tak berapa jauh dari restoran ni. Kami berempat pula mencari maggie untuk di makan tengah malam ni. Rasa macam jauh sangat jalan, kami pun masuk jer la satu kedai India yang menjual makanan halal. Jumpa maggie kat dalam kedai ni tapi harganya...biar betul???7000 won....mahalnya....Tapi sebab Mun nak makan sangat ramyun vege, beli jer la.
menikmati pemandangan yang indah

ada banyak sangat cross yang mengelirukan, kalau merah=church and kalau hijau=hospital

menunggu penuh sabar


yummy...melting inside your mouth
Selepas membuat bayaran, kami berlari menuju ke restoran tadi sebab dah janji dengan Mr Sam, pukul 7pm kami akan naik bus. Masa tu pula dah terlewat, memang pecut la kitorang. Sampai jer student dah masuk dalam bus. So agenda seterusnya, shopping di Myeongdong dan Dongdaemun. 
Sampai di Myeongdong, Mr Sam memberi kami 2 jam saja untuk bershopping. Disebabkan hari ni hari terakir bagi budak-budak ni, so nampak la diorang ni bershopping bagai. Kami jer yang survey harga sebab lama lagi kami akan tinggal di Seoul. Sambil tu kami mencari adapter sebab adapter Ida dah rosak. Sayangnya....baru sehari guna.Plug kat Korea ni dah la tak sama macam kat Malaysia. Kalau kita guna plug 3 pin tapi di Korea guna plug 2 pin. Siap amik gambar tunjuk kat kaunter GS 25 sebab tak tau nak cakap adapter dalam bahasa korea.
Habis shopping di Myeongdong, kami ke Dongdaemun pula. Kali ni Mr Sam bawa kami membeli souvenir yang murah di shopping complex Doota, tingkat 5. Kali ni seperti biasa juga aku dan Ida membuat note harga barang yang murah untuk kami beli nanti...bukan sekarang..nanti....Kelakuan kami nampak pelik sikit di mata student sampai ada yang tanya ' Cik tak beli apa-apa ker?'.'Kami tengok-tengok jer, tak berminat lagi nak beli'....hehehe...padahal kitorang boleh beli hari lain. Rahsia kami selamat.


di mana saja ada jer produk kosmetik brand korea....etude,face shop, inisfree..name it..

posing jer lebih...belinye tidok...

finally jumpa pun adapter...baru bernafas hidup kami

No comments: