Thursday, December 6, 2012

Blue ocean futuristic

5 Dec 2012

Sepatutnya hari ni adalah hari bekerja tapi dah jadi hari aktiviti staff. Pagi-pagi kena gerak gi office dulu sebab nak design baju futuristic untuk model department kami then ada staff award pulak. Nasib parking tak penuh lagi. Sampai jer office, sunyi sepi...almaklumlah student bercuti hari yang staff ada aktiviti. Dah siap design baju, tepat jam 9am aku terus ke chancellor hall. Kebetulan my officemate dah copkan tempat, lega rasanya...tak la melilau mata nak mencari seat nanti. Kali ni staff award bagi department aku diterima oleh azrul dan fariha (staff muda baru setahun kerja). Dorang ni memang sangat komited dengan keje. Aku jer la yang duk buat dokumen orang macam nak mati sampai ke malam baru balik umah, tak der orang nampak pun...huhu..tapi when i think in positive side, award tu bukanlah matlamat aku, yang penting kerja aku ikhlas dan bersungguh (betul ker ni??).
Untuk malam pula, dinner kami di adakan di Sime Darby Convention Centre. Dewan tak la berapa besar (sebenarnya besar) disebabkan staff company ni sangat la ramai ditambah pula dari branches, ramai tak terkata. Tema tahun ni adalah ocean blue futuristic.....sangat...Tapi aku just pakai baju kurung moden berwarna turquoise. Masa nak sampai ke Sime Darby ni, aku dan awin sesat juga sebab salah masuk simpang, dengan hujan lebat dan traffic jam lagi. Masuk jer dewan, bagai dalam lautan biru....ada yang fesyen sangat futuristic. Daebak la dorang ni. Tempah kat mana ntah baju-baju ni. Persembahan malam ni oleh artis yang menang Asian Wave...Shila Hamzah. Memang best suara dia. Tapi kedudukan aku agak jauh dari stage so nampak side tepi jer. Sebenarnya staff aku, Zana dah offer tempat kat meja bahagian tengah yang menghadap stage tapi terpaksa tolak sebab dah suruh orang lain reserve kan tempat untuk aku dan Awin sementara kami solat. Jauh nye mencari meja nombor 10...rupanya kat side kiri dewan bahagian depan. Nasib ada screen layar so tengok performance dari situ jer la. Dan meja kitorang ni pula ada staff dari Finance department. Nasib la mamat-mamat ni sporting...layan jer perangai giler kitorang.
ni baru betul biru mata hitam ku


air pun biru jugak

awin and me

wow....

don't know who are these guy behind the mask



dancer pun futuristic jugak
Then perkara yang ditungu-tunggu telah tiba. Tayangan video futuristic, top 3. Yang tempat ketiga dah tunjuk, pastu tempat kedua pun dah tunjuk...no 1 bila pula??Kitorang confident giler cakap kat budak-budak finance ni yang video kami mesti dapat no 1 (yakin giler)....sempat lagi cakap kalau bukan no 1 kitorang balik dulu...kui...kui...kui...Tiba-tiba MC pun announce tayangan video tempat pertama...tadaa..dengar lagu dah kenal...yeah video kami...Cybergeddon. Tiba-tiba malu pula nak tengok diri sendiri berlakon, siap sorok muka (malu giler..berlakon tanpa kerelaan...)
shila hamzah...




even the MC pun futuristic sungguh

king and quenn of da night
Habis tayangan video MC pun umumkan la, pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik...of course la pemenangnya dari pelakon video kami. Then bila umumkan pelakon wanita terbaik....adalah aku???macam nak gelak terguling-guling atas lantai...tak percaya sungguh...scene pun sekejap-sekejap jer masuk, muka serius giler berlakon...lawaknyer. Memang malam tu rezeki kami, semua kitorang bolot. Lepas ni sudah cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja (ceh pinjam ayat dari lirik lagu)...tak nak dah aku berlakon. Memang masuk sejarah hidup ku, menang anugerah pelakon wanita terbaik...hehehe....
it's me....really????

hehehe.....

we are the champion...


best actor, best actress & best director....semua kami bolot.

No comments: