Monday, November 5, 2012

Nami Island

2 September 2012

Second day in Korea.

Sepatutnya aku kena set jam awal 1 jam dari waktu Malaysia. Tapi entah kenapa malam tadi aku terlupa nak check alarm. Sudahnya subuh kami jadi subuh gajah lah. Waktu 6.30 pagi di Korea macam pukul 8 pagi di Malaysia. Memang suasana agak bingit dengan kesesakan jalanraya, maklumlah hotel kami ni terletak di tepi jalan raya. Disebabkan kami telah berjanji dengan Mr Sam untuk berkumpul di lobi pada jam 8.30 pagi, sesudah solat subuh, aku sambung balik tidur. Huhuhu...memang mengantuk tahap gaban.
Jam 7.30 pagi, aku dan Ida cepat-cepat bersiap dan terus mengejutkan Nad dan Mun untuk breakfast di tingkat 8. Penginapan di hotel ni include sekali dengan breakfast so takder lah pepagi kami mengagau nak cari makan. 
Add caption

got a simple breakfast.....
At 8.30 am, kami dah berkumpul di lobi dan kebetulan Mr Sam pun sedang menunggu kami. Kami terus masuk ke dalam bas dan memulakan perjalanan ke Nami Island. Sepanjang perjalanan, Mr Sam menceritakan teknologi kereta yang semakin pesat bersaing di Korea. Katanya ada 5 company terbesar pengeluar kereta dan ehem..ehem..seperti diketahui SsangYong, Kia, Hyundai, Renault Samsung and GM Korea. So pengeluaran kereta memang ada jer setiap bulan dan harga kereta di Korea sangat lah murah sebab banyak sangat persaingan. Patutlah dalam drama korea, kereta yang diguna canggih-canggih.
Tinggal beberapa km jer lagi kami akan sampai ke Nami Island. Time ni pula Mr Sam menceritakan asal usul nama Nami Island. Mengikut sejarah, dahulu ada seorang general yang bernama Nami, seorang lelaki yang gagah dan sangat pandai. Dia dibunuh atas tuduhan menghianati King Sejo pada zaman dinasti Joseon. Walaupun kuburnya tidak ditemui, terdapat timbunan batu di mana sepatutnya beliau dikebumikan. So sempena memperingati jasa general Nami, masyarakat di situ menamakan pulau tersebut sebagai Nami Island.
Hotel Paris....we capture it on our way to Nami

Ticket counter, here you need to have a passport to enter the Nami Island

Finally...it took 15 minutes from the 'port' to the island

I can feel the autumn breeze


Gajah d'Nami or elephant at Nami Island

Ajasshi...you spoil the picture..huhuhu

My first korean drama 'Winter Sonata', i watch it when i was studying at university
Sewaktu Aku, Mun dan Ida memilih tempat di dalam bot, ada seorang ajasshi ni minta kami berposing untuk mengambil gambar. Sempat pulak pakcik ni ye....Paling besh sekali ajasshi tu cakap kami ni 'yeoppo'...Kamsahamnida ajasshi...
Bagi aku Nami Island ni mengingatkan aku tentang drama Winter Sonata dan kenangan aku bersama rakan-rakan aku di UiTM. Memang kalau datang sini tetiba jer rindu kat kawan-kawan lama yang sama-sama layan citer korea tiap-tiap petang (time tu citer Korea tayang waktu maghrib kat tv3). Agak luas jugak lah Nami Island ni tapi kami diberi masa menikmati pemandangan Nami Island ni selama 40 minute. Memang idok la aku nak menghayati...cari patung Baek Yong Jun pun tak sempat..actually tak jumpa...huhuhu...kat mana ekk??Last-last kami perhabis duit kat kedai souvenir beli magnetic fridge Nami Island.

No comments: