Saturday, November 10, 2012

korea-mushroom stew

Selepas lawatan di Nami Island, perut mula terasa lapar dengan keadaan di luar yang panas. Nasib baik Mr Sam menyediakan minuman sejuk untuk kami. Kemudiannya dia berjanji untuk membawa kami merasa makanan korea. Kali ini kami menikmati mushroom stew di restoran berdekatan dengan kampung Nami Island. Actually I don't remember the restaurant name.
Masuk saja ke dalam restoran, semua mata tertumpu pada rombongan kami. Mungkin agak terkejut dengan rombongan dari Malaysia kot. Mr Sam telah menempah tempat makan kami di tingkat atas. Waktu tengahari begini pelanggan agak ramai. Kami mencari tempat yang selesa untuk kami berempat. Di atas meja terhidang mushroom stew di dalam pot yang agak besar. Para pekerja mula sibuk menghidangkan nasi dan beberapa side dishes di setiap meja.
Bila saja stew mula mendidih, pekerja tadi menggaul stew tersebut dan memperlahankan api masakan. Apalagi bila makanan dah terhidang, gelojoh jugak la kami. Baru la hari ini terasa seperti berada di Korea (even though dah hari ke 2 pun).Akhirnya dapat menikmati makanan korea. Rasa stew ni bagi aku, macam biasa saja sebab aku tak rasa apa-apa perisa pun dalam stew ni,cuma rasa macam kosong je. Tetapi kimchi yang disediakan memang daebak...
Stew before it cooked

i love this side dishes

ready to eat....yummy
(to be continue....)

No comments: