Saturday, November 10, 2012

Everland, Korea

Excited selepas dapat makan dapat bermain. Yeah!!!Aku memang agak kebudak-budakan bila bab bermain ni. Sewaktu menaiki bas, jam menunjukkan pukul 2.30pm. Menurut Mr Sam, untuk ke Everland mengambil masa agak lama juga kerana jarak dari Nami ke Everland sangat la jauh. Jadi Mr Sam menyuruh kami berehat di dalam bas. Tetapi sewaktu di dalam bas, kami bergelak ketawa dengan lawak dari Kak Sya dan Kak Nor. Kak Nor pula cuba conversation dengan Mr Sam menggunakan bahasa korea. Memang agak lawak kerana sebutan kak Nor tulen melayu sungguh. Last-last Mr Sam pula yang jadi tutor bahasa korea. Entah bila masa,kami semua tertidur sebab keletihan bergelak ketawa. Waktu aku terjaga, bas melewati kawasan kampung yang ala-ala damai gitu. Dari dalam bas, aku mengamati kehidupan penghuni kampung kerana mostly rumah di kawasan tersebut terletak di atas bukit dan di sepanjang jalan ada saja tanaman yang di tanam. Memang orang korea ni menggunakan sepenuh tanah yang ada dengan baik.
Kami tiba di Everland hampir jam 5 pm. Everland di bina oleh syarikat terbesar Korea iaitu Samsung dan merupakan taman tema terbesar di Korea. Bila masuk jer memang sangat besar. Taman tema ni sangat happening dengan bentuk bangunan yang sangat awesome malah pekerjanya pun sangat comel-comel. Everland ini terletak di Yongin, daerah Gyeonggi-do. Harga tiket untuk one day pass bagi dewasa adalah 40 000 won dan boleh bermain puas-puas sepanjang satu hari tu. 
Tempat pertama yang Mr Sam nak bawa kami adalah Zoo-Topia untuk melihat Liger originally from korea. Tapi aku dan Mun tak sabar nak naik roller-coster. Nak tak nak, terpaksa juga kami ikut Mr Sam sebab bersusah payah dia mendapatkan bus khas untuk kami.
Dari luar dah rasa comey-comey structure building ni

Too crowd....sampai boleh sesat kami dibuatnya

Even pekerja pun sangat comey

splash

Inilah liger yang disebut-sebut oleh Mr Sam...lion+tiger=liger
 Selesai saja lawatan di zoo, apalagi kami berlari-lari menuju ke roller-coster. Waktu tu ada beberapa student yang mengikuti kami so terpaksa la menjaga etika...huhuhu...Waktu sampai di roller coster memang ramai yang beratur. Dah alang-alang sampai, beratur jer la...yang penting dapat naik roller coster tapi yang ni roller coster terpanjang. Kalau tengok dari luar nampak macam biasa jer macam roller coster dekat Genting.Bila tiba turn kami naik, apalagi dapat sorakan la dari orang-orang korea sebab nampak foreigner naik roller coster...yuhuu...Aku duduk bersebelahan student sebab Mun duduk dengan Nad. Ida pula tak berani naik benda-benda macam ni. At the time train bergerak dah rasa berdebar. Cepat-cepat check tali pinggang. Bila sampai kat atas then dia turun tu..mak oii...kecut perut aku,jerit sampai hilang suara. Terasa melambung-lambung badan aku dibuatnya. Lepas turun,naik then turun,naik...bila nak habis ni.Aku dah mula menyumpah-nyumpah menyesal tak sudah.Tobat tak nak naik dah, terbang-terbang juga tudung aku dibuatnya. Agak tak secure jugak la sebab hanya tali pinggang jer yang diikat,tangan aku pula dah berpeluh-peluh pegang tiang penghadang depan aku. Omma...nak turun.
sebelum naik T-express....

lepas naik,baru nampak jelas betapa panjangnya roller coster ni...huhuu..
Turun dari roller coster,menggeletar kaki tak yah nak cakap lah. Lepas tu kami naik skyline sebab dah tak boleh nak jalan. Actually short-cut nak pergi tempat mainan lain.
sempat lagi masuk rotating house....pening kepala ku dibuatnya

yang ni pun kena beratur panjang

at that time tengah ambil gambar kaki, tiba-tiba ada pekerja yang lalu di tepi tu menegur kami dalam bahasa melayu. Siap tanya dari mana?Then kami menjawab dari Malaysia, dia pun sempat ucapkan selamat datang tapi waktu tu tak sempat nak sembang dengan this lady.

ada ke patot Mun ajak naik mainan kat belakang tu???oh..no...serik dah ceq...

Last-last main yang ni pun fun gak...tak ramai orang pun nak naik tapi sangat enjoy....jerit lagi sampai hilang suara


our last game...columbus adventure,ngilu perut aku

berhenti makan di sini
Bila kira balik permainan yang sempat kami masuk, ada 5 mainan. Actually kalau dapat masuk dari pagi sampai malam, banyak kot tempat kitorang boleh explore. Tapi disebabkan masa yang diberi sangat la singkat, kitorang tengok jer la dari luar bangunan sambil imagine tempat yang ni macam ni...macam tu...Anyway aku sangat enjoy even penat bangat.
Waktu naik bas untuk pulang ke hotel, masih terasa lagi seperti dilambung-lambung naik roller coster. Cukup...cukuplah...sudah....Mun pula dah mula pening-pening nak muntah. Aku menahan mata jangan tertutup sebab aku tau nanti aku yang muntah sebab pening tahap gaban sangat.

(to be continue....)

No comments: