Saturday, November 10, 2012

Namsangol Hanok Village



3 Spetember 2012

Pagi ni kami dikejutkan oleh deringan telefon. Kepenatan malam tadi masih terasa menyebabkan aku agak malas unutk mengangkat telefon. Sudahnya Ida yang menjawab. Rupanya panggilan dari Kak Nor menyuruh kami bersiap cepat sebab takut kami tak punctual nanti. Aku melihat jam di telefon baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Disebabkan Kak Nor dah bising-bising dalam telefon,nak tak nak aku terus bangun dan bersiap. Sewaktu menunggu Ida bersiap, sempat lagi aku menonton drama korea terbaru. Mula-mula aku tengok The Great Doctor then cerita yang ada Shin Min Ah, tak pernah tengok tapi bila check rupaya cerita Arang and the Magistret. Disebabkan semua cerita yang aku tonton ni tak ada subtitle maka tangan aku ni duk asyik mengalih channel tv.
Jam 7.30 pagi Mun dan Nad sudah terpacak di depan bilik kami. Kami breakfast lebih awal dari semalam. So menu aku pagi ni sama seperti semalam, 2 keping roti dan jus oren. Kak Sya pula mencuba anggur korea. Bial anggur tu masuk saja dalam mulut kak Sya, terus dia menjerit 'Masamnya'. 'Kak Sya makan sekali dengan kulit anggur tu ker?, aku bertanya.'Aah, kenapa Mi, salah ker?'.'Patutla. Macam ni kak Sya nak makan anggur ni'. Aku pun menunjukkan cara makan anggur tersebut, cuma picit isi di dalam saja masuk ke mulut,bahagian kulit tu kena buang. Lepas tu,ramai pula yang nak try makan anggur.
inilah korean grape
dah hari kedua baru perasan ada vendor machine for coffee

muka segar sebab dapat kopi secawan
Sewaktu turun ke lobi, Mr Sam terus menyuruh kami masuk ke dalam bas. Katanya lagi cepat gerak lagi bagus. So destinasi pagi ni, kami akan ke Namsangol Hanok Village. Dalam bas sempat lagi aku berfb sebab internet di korea sangat la laju and boleh dapat di mana-mana saja. Kenderaan pagi ni sangat sibuk sebab hari Isnin, waktu masuk bekerja.
Kami tiba di Hanok Village jam 9.00 am, tempatnya tak jauh dari hotel tetapi kami kena berhenti di luar Hanok Village dan berjalan kaki sedikit untuk ke sana sebab tiada parking disediakan. Untuk ke Hanok Village boleh menaiki subway dan berhenti di Chungmuro station, exit 3 or exit 4. Masuk adalah percuma dan dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. 
Namsangol Hanok Village dulunya dibuka sebagai resort waktu musim summer. Terdapat 5 rumah Hanok iaitu rumah Carpenter Yi Seungeop dari Samgak-dong, rumah Gim Chunyeong dari Samcheong-dong, rumah family Min dari Gwanhun-dong, rumah Yun Taekyong Jaesil dari Jegi-dong dan rumah family Yun dari Ogin-dong. Tak boleh nak cerita banyak sebab aku tak sempat nak masuk semua rumah-rumah ni sebab Mr Sam ni nak cepat jer dia. Stress aku dibuatnya.
kena tengok peta betul-betul sebelum masuk

pot to store the kimchi

waktu ni dah tukar selipar sebab kaki melecet...huhuhu

actually ruangan ni digunakan untuk mengajar tourist membuat hambok dari kertas tapi kami tak berkesempatan sebab Mr Sam la ni...

our student try their luck

Mr Sam cakap air ni boleh minum


tak dapat nak try hanbok...bergambar kat patung hanbok ni pun jadi la...


No comments: