Tuesday, October 9, 2012

The National Folk Museum of Korea

Selesai bersarapan dan setelah menikmati coffee panas kegemaranku, kami bergerak menaiki bas menuju ke destinasi lawatan pertama kami. Suasana panas dan bahang di Korea menyebabkan aku cepat sangat berpeluh. Nasib baik lah air-cond di dalam bas ni sejuk.
Perjalanan agak jauh sedikit kerana kami dari Itaewon menuju ke Jongno-gu di mana terletaknya The National Folk Museum of Korea. Keadaan jalan sangat sesak kerana waktu telah memasuki jam 1 petang.Jika diikutkan peta, untuk ke muzium ini boleh menaiki subway samaada menggunakan line 3, exit 5 di Gyeongbokgung Station atau exit 1 di Anguk station ataupun menggunakan line 5, exit 2 ke Gwanghwamun station mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari station subway. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan masuk adalah percuma. Ya percuma, jimat duit aku.
Sepanjang perjalanan, aku mengamati setiap tempat di Korea di jaga oleh sepasukan polis. Menurut kata Mr Sam, polis Korea mendapat bantuan dari pihak polis US untuk menjaga keamanan Korea Selatan dari di serang oleh Korea Utara. Fuhh...begitu rupanya so memang selamat la kalau nak jalan-jalan kat Korea ni, desis hatiku.


Pintu masuk utama muzium, kalau ikutkan perjalanan dari Gwanghwamun station agak jauh sebab pintu masuk muzium ini di belakang Gyeongbokgung Palace.
Memasuki saja ke pintu masuk muzium ini, hati dah rasa macam kembali ke zaman asal usul Korea. Di bahagian kiri terdapat patung batu yang katanya berasal dari Jejudo. Batu tersebut membawa nasib yang baik untuk wanita yang berkahwin dan inginkan anak. Kalau nak dapat anak lelaki yang handsome sentuh hidungnya dan kalau nak dapat anak perempuan yang cantik sentuh pipinya.
Mr Sam our tour guide sedang menerangkan asal usul batu yang dipanggil grandfather stone atau Do hareubang.
Yeah...ada jugak gambar aku masuk paper.
Mr Sam memberi cadangan kepada kami untuk mengambil gambar di hadapan senibina muzium ini. Memang awesome la bergambar dekat sini. Kami memasuki muzium sambil di beri penerangan oleh Mr Sam. Muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu History of Korean People yang membawa aku ke zaman dinasti Korea iaitu zaman Shilla, Goryeo dan Joseon. Kemudian bahagian kedua adalah Korean way of life dan Korean life passages.
Tak banyak tempat yang kami lawati kerana kami hanya diberi masa 40 minute berada di dalam muzium. Kesuntukan masa menyebabkan aku tak dapat menghayati sejarah Korea dan tak dapat melawat bahagian sekitar muzium. Arghh..tensionnya kalau ikut tour guide. Kalau diikutkan dari template yang aku ambil, di bahagian luar muzium ini terdapat Children's museum, a street to the past, Hyojagak, Traditional culture learning space and kalau bernasib baik dapatlah lihat persembahan permainan traditional atau muzik korea.
Ida, Nad and Mun bergambar dihadapan upacara perkahwinan orang Korea
                                                                   (to be continue......)

No comments: