Monday, October 8, 2012

Breakfast @ Itaewon

Di balai ketibaan, kelihatan seorang lelaki korea yang agak berumur memegang sehelai kertas bertulis 'Oriental Grace Travel'. "Ya, itulah tour guide kami', aku berdesis di dalam hati. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mr Kim dan mengalukan kedatangan kami dengan ucapan 'Annaeyonghaseyo'. Disebabkan kelewatan kami yang terpegun dengan kecanggihan dan kebersihan terminal airport Incheon, beliau mengajak kami terus ke bas yang menunggu di luar.
Selesai memasukkan bagasi dan mengambil tempat di dalam bas, beliau memulakan ucapan dengan memperkenalkan serba ringkas mengenai Korea. Beliau juga mengajar kami menyebut perkataan ' Annaeyonghaseyyo'. Katanya bila ucapan ini diucapkan pada orang-orang Korea, kami akan diberi layanan yang baik. Mr Kim juga memperkenalkan nama induk @ clan yang terdapat di Korea. Terdapat 4 clan iaitu Kim bermaksud gold, adalah kelompok yang besar di Korea, diikuti Lee, Park dan Choi.
Mataku agak berat sewaktu mendengar penerangan Mr Kim tapi aku cuba juga untuk menumpukan perhatian. Mun di sebelah aku telah lena entah bila pun aku tak perasan. Mr Kim mula menyedari ada di antara kami yang menguap dan ada terlena, lalu dihentikan ucapannya dan memberi kami ruang untuk berehat.
Cuba menikmati pemandangan walaupun mata terasa berat. Kenderaan agak kurang pada hari Sabtu (hari cuti) kerana orang Korea lebih suka duduk di rumah.

Han river yang menjadi kebanggaan rakyat Korea.
Tidak sedar, kami telah pun sampai di Itaewon. Aku tertanya-tanya apakah makanan yang menanti kami. Adakah makanan Korea? Kimchi? Pajeon? Arghh...tak sabarnya. Keadaan jalan agak sesak sewaktu bas membelok ke kiri untuk memasuki lorong restoran tersebut. Baru aku perasan tidak ada singnage 'U'-turn di Korea.
Dan kami tiba di Restoran Evergreen. iaitu restoran makanan India. Aduhai....kena makan kari ke pagi-pagi ni? Restoran ini agak kecil, kalau dilihat dari luar nampak tak menarik tapi bila melangkah masuk saja dekorasinya sangat cute dan elegan. Kelihatan makanan tersusun di tepi meja dan semuanya agak menarik tapi bukan selera aku di pagi hari. Walaupun rasanya sangat kari, at least dapat juga mengalas perut di pagi hari. Pagi ker? Masa sarapan ni rasanya dah pukul 11 something kot.

Keadaan di dalam restoran yang agak kecil tapi nice.
Inilah sarapan yang aku jamah.

Restoran Evergreen yang dijamin halal walaupon ownernye adalah orang Korea.
                                                                                                                                (to be continue....)

No comments: