Friday, October 5, 2012

Incheon,Seoul

1 September 2012

hati terkinja-kinja bila dapat turun dari flight sebab kaki cramp lama sangat duduk dalam flight.
 Kami menyusuri laluan di dalam Incheon International Airport. Sementalaah mencari di mana kedudukan luggage kami, terperasan pulak ada transit yang harus kami naik untuk ke terminal ketibaan. Mula-mula aku ingatkan kami dah sesat sebab tak ada petunjuk jalan untuk ke luggage kami. Yang ada cuma anak panah ke bawah untuk pengambilan luggage. Nak bertanya segan pulak. Akhirnya kami mengikut saja pelancong-pelancong di hadapan kami. Rupanya transit ni yang menghubungkan dari satu terminal ke satu terminal. Selepas turun dari train tersebut baru lah kami berhadapan dengan pemeriksaan pasport.


Arahan yang menyebabkan kami tak faham...aishh..

Aku menanti giliran untuk di periksa. Sementara pelancong di hadapan aku masih melalui proses pemeriksaan, aku mencuba beberapa perkataan korea untuk di sapa pada pegawai kastam nanti. Tiba-tiba mata aku tertangkap dengan gelagat pelancong dari Indonesia. Wow, k-pop sungguh diorang ni. Pakaian dah macam artis korea dengan kasut boot tinggi. Biar betik diorang ni nak melancong ke Korea. AH...biarlah, yang penting stail. 
Giliran aku tiba untuk pemeriksaan. Aku memberikan senyuman manis pada pegawai tersebut tetapi senyuman aku di sambut dengan muka yang angkuh. Eh, biar betul orang korea ni. Macam tak welcome jer kita datang ni. 'Finger' arahan keras dari pegawai tersebut menyentap ke jantung ku. Dia menunjukkan arahan 2 jari telunjuk di letakkan atas finger print. Aku pon mengangkat jari telunjuk dan meletakkan di atas finger print tersebut. Borang maklumat yang aku isi di atas pesawat, aku berikan pada nya.
Selesai sudah urusan pemeriksaan, aku berlalu tanpa mengucapkan thank you. Aku beriringan jalan bersama Nad, Ida dan Mun menuruni escalator menuju ke kutipan luggage di bahagian kiri. Kami mencapai 2 troley dan mencari bagasi kami. Kami keluar dari bahagian kutipan luggage menuju ke pintu hadapan di mana tour guide kami telah menunggu. Untuk 3 hari ini kami mengikuti tour guide kerana membawa student bersama dan ada aktiviti yang perlu di lakukan di Itaewon nanti.
                                                                                                      (to be continue...)

No comments: