Thursday, October 4, 2012

korea

D-day (31 August 2012)
12.00 am

Hati aku berdebar-debar menantikan detik ini. Setahun perancangan kami berempat untuk ke Korea. Dan selama setahun ini jugalah aku mempelajari bahasa korea (basic korea), transportation especially subway dan bus, makanan yang halal, tempat menarik yang nak di lawat, cuaca dan penginapan.
Sebulan sebelum Hari Raya aku telah menempah bilik guesthouse di Hyehwa (Korea Central Backpackers). Ownernye Mr Yong yang sangat membantu aku memberi informasi berkenaan cuaca dan tempat untuk money changer. Untuk kami berempat, aku memilih bilik 4 female dormis (harga amat berpatutan) 320000 won untuk 4 malam.
Mun, Ida, Nad dan Aku menunggu giliran untuk loading barang.

Aku, Ida dan Nad tiba di LCCT pada jam 10.30 pm. Kami sangat berterima kasih pada Ju yang sudi menghantar kami pada malam tu. Mun tiba setengah jam kemudian bersama family. Setelah selesai urusan loading luggage, kami duduk di satu tempat sambil menunggu panggilan masuk ke balai berlepas.
Jam 12.30 am, terdengar announcement untuk penumpang pesawat ke Seoul. Pada ketika itu, debaran jantung aku bagai mahu meletup seakan tak percaya yang aku akan menjejakkan kaki ke Korea. Langkah kaki aku ke dalam pesawat Air Asia di sambut dengan lagu Big Bang (memang k-pop sungguh). Dalam pesawat, aku duduk di antara Mun dan Nad. Ida berasingan dari kami tapi tidak terlalu jauh dari kami. 
Sewaktu kapal terbang berlepas, cuaca agak buruk dengan pantulan kilat dan deruman guruh diikuti hujan yang mencurah di luar jendela pesawat. Aku tidak tidur lena malam itu kerana keadaan pesawat yang bergegar dan arahan dari petugas pesawat yang tidak membenarkan kami bangun dari tempat duduk. Aku hanya bertakafur di dalam hati. Mun dan Nad lena tidur di sebelah aku.
Aku mula memikirkan cara untuk solat subuh dan waktu subuh yang perlu aku ikut di dalam pesawat. Aku terlepas dengar suara kapten yang bertugas bahawa kami akan merentasi Laut China Selatan. Tidak sedar aku terlena seketika ketika terasa panas matahari menyapa muka ku, baru tersedar siang sudah menyapa aku. Aku melihat jam pada ketika itu baru 5 am. Benarkah??Aku belum solat tapi kenapa dah terang macam pukul 7 ni?
Aku mengejutkan Mun di sebelah dan bergerak ke washroom di hadapan dan mengangkat wuduk. Mula duduk di tempat duduk, aku menutup bahagian hadapan badan ku dengan shawl yang aku bawa di dalam beg galas. Selesai solat aku mula bersembang dengan Mun. Sewaktu berbual beberapa petugas memberi kan kami sehelai borang untuk di isi. Katanya penting untuk urusan kastam. Bila di teliti rupanya borang untuk maklumat pelancong, berapa hari tinggal di Korea, tujuan datang ke Korea dan tempat tinggal di Korea. Biar betul??Teliti sungguh negara ni.
Announcement dari kapten menyatakan cuaca ketika ini sangat baik seperti mengalu-alukan kedatangan kami. Kami akan mendarat 2 jam lagi. Arghh....bahagianya rasa dalam hati. Bagaimanakah keadaan Korea?Orang-orang Korea?Makanan Korea? Pelbagai soalan mula berlegar di ruang kepala ku.
Jam 7.45 am kami selamat mendarat di Incheon. Kedatangan kami di sambut dengan alunan lagu Super Junior. Kami melalui lorong ketibaan antarabangsa. Sambil memerhatikan anak-anak kapal yang bertugas, kami melihat persekitaran terminal Incheon.
Sebelum mengambil bagasi, kami melepaskan hajat di toliet berdekatan. Masuk di dalam toilet, OMG sangat bersih. Walaupun tiada air disediakan di dalam tandas, kami sempat menyelinap botol kosong di dalam celahan beg galas aku. Canggihnyer toilet ni, siap guna sensor untuk tukar pelapik tandas.










(to be continue...)

No comments: