Sunday, October 28, 2012

Hangang river

Perjalanan dari Itaewon ke Hangang Park agak jauh di tambah dengan kesesakan jalan raya and me..of course la tidur jer dalam bas. Tak sempat nak menikmati pemandangan,matu aku ni cepat je layu. Mun yang disebelah aku pun sama jugak macam aku. Memang sesuai la kami duduk bersebelahan.
Sampai di Hangang Park, waktu menunjukkan pukul 6.15 pm dan masa tu dah ramai orang di Hangang park. Memang orang korea ni suka bawa family kat tempat sebegini. Sementara menanti our tour guide purchase the ticket,mata kami ralit memerhatikan seorang kanak-kanak perempuan yang asyik sangat menari dihadapan omma and dongsaengnya.
Finally...our last destination for the day

Cute sangat..this little girl dance in front of her omma and dongsaeng

Ada sebab kami posing gambar di sini..nak menjeleskan housemate bahawa kami dah sampai di tempat pengambaran Wild romance dan Gumiho...yuhuu..
Masuk saja di dalam cruise, kami memilih untuk duduk di bahagian atas, kononnye nak menikmati sungai Hangang, manakala di tingkat bawah terdapat persembahan silap mata. Sewaktu cruise bergerak, terasa angin yang nyaman membelai tubuh kami. Pemandangan waktu senja di korea memang superb, dengan bangunan yang moden ditambah pula jambatan yang berbeza bentuk dan sangat banyak sampai tak ingat nama tetapi sungai sama je macam sungai Klang kita. Waktu tengah leka menikmati pemandangan, sekumpulan penumpang cruise dari tingkat bawah berduyun naik ke atas dan menuju di bahagian hadapan kami. Dek kerana leka sampai kami tak beri peluang langsung pada mereka untuk duduk di depan sebabnye ruang hadapan dah di conquer oleh aku, Mun, Ida and Nad.
Sebenarnya dalam hati rasa bersalah tapi rasa malas nak bangun then kena berdiri lama. Waktu kami menoleh ke belakang, seorang lelaki tua menegur kami. 'Are you from Arabia?' 'No, we're from Malaysia'. 'Oh...Malaysia, welcome to Korea'.'Have you been in Malaysia before?'. 'No, I'm working in Dubai and i know people like you', sambil menujukkan tudung yang dipakai oleh kami. 'Oh..we're muslim'. 'How many days you are in Korea?'. 'This is our first day'.'Enjoy your trip here and once again welcome to Korea', ujarnya sambil tersenyum pada kami. Terasa welcoming pula kami, mana taknya sepanjang kami duduk kat depan bersama kumpulan korea, tak ada seorang pun yang nak menegur kami.
Memang duduk betul-betul depan semboyan cruise...bergetar anak telinga aku tiap kali dia bunyikan semboyan

View yang sangat fantastic
Waktu nak berlabuh matahari, tiba-tiba rasa angin sejuk mencengkam hingga ke tulang temulang tapi kami tetap tegar tak nak berganjak dari tempat duduk. Aku dengan Nad la yang paling terseksa merasa kesejukan angin senja. Sehinggalah matahari terbenam, kami menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan memang sangat indah. Hari pertama kami berakhir dengan Hangang river dan seterusnya kami menuju ke hotel kami iaitu Nobless Hotel yang sangat lah lama perjalanannya dan sekali lagi aku terlelap di dalam bas.
Sunset

Night @ Hangang river
(to be continue...)

No comments: