Saturday, November 24, 2012

Seafood restaurant,Face shop & Ginseng

Penat dah mendaki so sekarang adalah masa untuk menggantikan tenaga yang digunakan. So kali ni Mr Sam membawa kami mencuba makanan korea iaitu seafood di KoTurtle. Restaurant ni nampak exclusive dan raung makan yang diberi adalah satu bilik khas untuk kami saja. Waktu naik ke tingkat atas menuju ke hall makan kami, dah terletak satu pot yang dipenuhi dengan seafood dan beberapa side dishes. Kali ni makanan nye sangat sedap hingga menjilat jari.
entrance of KoTurtle

yummy....

side dishes

kak sya

sotong yang sangat besar and best
Selesai makan dan solat,kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir unutk mereka (except us,4 orang), Mr Sam dah plan untuk membawa kitorang shopping. First kami dibawa ke kilang ginseng. Harga sangat tak tertahan sebab takder sorang pun antara kami membeli ginseng. Kalau aku, kacip fatimah pun tak makan, inikan pula la ginseng...lagi la idok.
nampak ni akar ginseng..lagi tua umur ginseng tu lagi mahal la harganya


one year old ginseng
Lawatan ke kilang ginseng memang sangat cepat sebab tak mampu cik nak membeli even nak bagi souvenir kat ayah pun, aku menghitung duit dulu. Next kami ke pusat kosmetik The Face shop. Masa masuk dalam Face Shop, ada sorang promoter ni promote product baru, nampak sangat menarik sebab hasil yang dia demo tu sangat menakjubkan. Produk ni belum masuk lagi pasaran Malaysia. And promoter ni pula pandainya berbahasa Melayu. Mula-mula aku ingatkan dia Indonesia macam kat kilang Ginseng tadi. Sebab tiba-tiba kak Nor mencelah, ' Cuba tanya dia ni orang Korea ke bukan?' Then promoter tu pun jawab ' Saya Korea dan boleh berbahasa Melayu sikit-sikit'. Tapi aku tak rasa sikit-sikit pun sebab nampak sangat fasih cuma bunyinya ke arah indonesian sangat. Actually aku bukanlah pengguna Face Shop (sebab aku lagi suka guna produk etude yang sangat comel) tapi aku beli la jugak masker sebab harganya sangat murah 1000 won sahaja sekeping. Bebudak student ni suka betul memborong kosmetik.
tak dapat jumpa JYJ, gambar poster pun jadi lah...huhuhu


same pose as Rain
Habis shopping barang kosmetik, keluar dari bangunan Face shop, jam dah menunjukkan 6.00 pm. Masuk dalam bus, Mr Sam tanya kami, untuk makan malam ni kami nak bulgogi or vegetarian. Aii...mestilah aku nak bulgogi. So Mr Sam pun cakap restaurant ni sediakan danging halal (amin dalam hati aku) sebab location nya di area Itaewon. Aku pun mula la berfikir-fikir restauran mana la kali ni. Tup-tup bila sampai rupanya restoran Maharaja. Cish....nasib daging bulgogi sangat sedap. Memang enjoy la makan. Then ada pulak yang nak try makan ice cream arab, tak ingat la namanya sebab kedai jual ice cream ni dekat juga lah dengan restoran Maharaja. Kami pula gi mencari maggie halal di Itaewon tapi harganya mak aiii...7000 won,biar betul???
best of the best bulgogi in Korea

No comments: