Tuesday, November 13, 2012

N-Seoul Tower

Sewaktu keluar dari Hanok Village, Di sebelah kiri aku, bangunan suratkhabar tempatan (maybe sebab lihat dari kereta company yang parking depan bangunan tu) dan bila melalui jalan keluar untuk ke bas, kelihatan beberapa peniaga menjual dari van. Yang paling budak-budak ni suka ada van yang menjual makanan korea iaitu kuih ikan tapi aku tak terasa nak try makanan ni sebab kebetulan ternampak masa ahjumma tu goreng kuih ikan ni minyak yang dipakai tu dia guna goreng benda lain pulak. Dalam bas, kak Nor pula offer kat aku katanya rasa kuih ikan ni sedap and ada inti kacan merah di dalam. Aku menolak sebab rasa was-was tapi boleh la bayangkan rasanya mesti macam kuih pau inti kacang merah kot.
Perjalanan dari Hanok Village ke N-Seoul Tower mengambil masa 30 minit untuk sampai. Dari kaki bukit Namsan kelihatan beberapa ajasshi dan ahjumma yang berjalan kaki untuk ke N Seoul Tower. Pemandangan sangat marvellous dengan suasana redup yang dilitupi pokok-pokok, lepas tu pula daun-daun yang mula berwarna kuning sebab musim autumn hampir tiba. Memang cantik. 
Bas berhenti di perhentian bas. Excitednya dalam hati memang tak terkata la. Dalam fikiran aku ingatkan turun-turun terus jumpa menaranya, rupanya jauh lagi nak ke menara. So, kami di suruh berjalan kaki untuk ke atas. Mak oii....Dah la jalan macam bukit...huhuhu...Pagi-pagi dah kena exercise.Kami pun memulakan pendakian dengan semangatnya untuk ke N-Seoul Tower.
View from Hanok Village

ahjumma fighting!!!Bila time aku kena daki..hehehe...padan muka aku

Namsan Tour

Baru start daki,happy la..

sedang menuju ke puncak

huhuhu...time ni dah pancit sikit

finally...

inilah tempat yang dituju


Untuk ke N Seoul Tower boleh la menaiki subway dan berhenti di Chungmuro station, line 2 or 3, exit 2 dan kemudian naik bus bernombor 2 atau 5 atau berhenti di Itaewon station line 6, exit 4 dan naik bus bernombor 3. Tiket masuk untuk N-Seoul Tower sahaja adalah 9000 won (dewasa) and kalau nak masuk teddy bear museum (we don't have opportunity to be there due timing) 8000 won (dewasa). Akan tetapi disediakan pakej untuk masuk kedua-dua tempat sekali dengan harga 14000 won dan di buka setiap hari.
Kami disambut mesra oleh pekerja N-Seoul Tower dan sewaktu memasuki elevator, kami diberi persembahan istimewa dengan pancaran orbit di ruang angkasa kemudian menuju ke bumi dan sampai la ke N-Seoul Tower (hehehe...persembahan dari bumbung elevator tapi memang macam real dari angkasa menuju ke tower). Dan bila keluar dari elevator, ruang tower di atas tidak lah berapa besar tapi view dari atas memang cantik. Bangunan tinggi, jalan raya bersimpang siur...memang nampak lah seluruh kawasan Seoul. Dan di atas tower ni juga terdapat kedai souvenir dan ada peti pos untuk menghantar kad buat orang yang tersayang gitu.
Puas tengok pemandangan kami di bawa turun ke satu tempat iaitu roof terrace yang mana terdapat banyak sangat love padlocks. Percaya sungguh diorang pada kuasa cinta yang diikat melalui padlock. Anyway bila tengok padlock warna warni yang penuh di kunci di pagar nampak cantik sangat and comelnya...
huhuhu...bergambar di luar teddy museum jer la..

view dari atas tower


yeah...love is in the air


kat dalam ni pun ada ruang untuk mengungkapkan cinta....wuhuuu...

posto...posto...teringat lak cerita P Ramlee

ramai gak yang memborong termasuk la aku...hehehe...walaupun beli satu barang jer..


the padlocks soooo cute...

me and N-Seoul Tower

No comments: